Friday, October 21, 2011

Torres julang Chelsea




TORRES (kiri) meledak dua gol bagi membantu Chelsea meraih kemenangan besar ke atas Genk kelmarin.



LONDON - Penyerang Chelsea, Fernando Torres tampil dengan aksi bertenaga ketika mereka menewaskan Genk pada saingan peringkat Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara kelmarin.
Torres yang turut mendapat sokongan daripada David Luiz membuktikan bahawa dia masih tergolong dalam senarai penyerang paling berwibawa di Eropah.
Pasangan Chelsea itu menampilkan keserasian yang menakjubkan ketika membantu The Bluesmenewaskan Genk 5-0 di Stamford Bridge.
Torres berjaya menamatkan kemarau jaringan di pentas Eropah dengan meledak dua gol, namun pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas belum mahu memuji prestasi yang dipamerkan penyerang dari Sepanyol itu.
"Kejayaan kami bukan bergantung kepada seorang individu tetapi ia adalah hasil daripada persembahan berpasukan.
"Hari ini (kelmarin) Tor- res berada pada prestasi terbaik dan dia semakin bijak menyambar peluang. Apa pun, kejayaan kami adalah hasil kerja keras daripada semua pemain."
Selain Torres, turut berada dalam senarai penjaring termasuk Raul Mei- reles, Branislav Ivanovic dan pemain gantian, Salo- mon Kalou.
Kemenangan tersebut merupakan kejayaan terbesar Chelsea di Stamford Bridge dalam kejohanan Eropah dan kini mereka mendahului kedudukan dalam Kumpulan E.
"Saya puas hati dengan prestasi kami, bukan sahaja cara kami bermain tetapi komitmen daripada semua rakan sepasukan.
"Dua gol awal meletakkan kami dalam kedudukan yang sangat selesa dan dua lagi sebelum separuh masa sudah menampakkan hasil daripada kerja keras kami sepanjang perlawanan tersebut.
"Apa yang lebih penting, kami harus memikirkan untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Bulan ini akan menjadi penentu buat kami sama ada kami berpeluang menjulang trofi atau sebaliknya," ujarnya. - Agensi

1 comments:

kashsya said...

minat torres ke???huhu