Friday, October 21, 2011

JENGUK MAKANAN KOREA

Antara makanan Korea yang kita boleh makan....
Kimchi ni merupakan makanan kegemaran orang Korea. Kimchi diperbuat daripada sayur kobis, atau apa-apa sayur yang dijeruk dan boleh tahan selama 4 bulan lamanya..


Bubur Seafood
Kalau terasa rindu nak makan bubur nasi seperti di Malaysia, korang boleh makan bubur seafood ni. Harga dia dalam 8000won (RM20) sahaja. Kenyang bila makan bubur ni sebab mangkuk dia besar dan banyak sotong, udang, kepah di dalamnya..


Nasi Ayam Tandori
Kalau dekat Korea, jangan makan ayam dengan sesenang hati sebab dorang tidak sembelih pun ayam atau daging tu. Kalau korang nak makan ayam atau daging, korang boleh pergi ke Itaewon, Seoul. Dekat sana memang ada masyarakat Islam di situ yang jual makanan yang halal..



Bihun Sejuk
Bihun tu memang sejuk. Seperti bihun yang baru bawak keluar daripada peti ais dan terus dihidangkan untuk korang makan. Selalunya makanan ini dihidangkan semasa musim panas..


Kuih Ikan
Dalam kuih ni ada inti kacang merah. Inti kaya pun ada kalau korang nak. Memang sedap. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu masa sejuk dan kuih tu masih panas-panas lagi. Ranggup di bahagian tepi-tepinya..


Octopus
Nasi ni amat sedap. Lagi-lagi bila makan bersama dengan sotong yang dimasak pedas dalam mangkuk tu. Ditambah pula dengan telur-telur ikan yang banyak dan meletup-meletup bila korang kunyah..

3 comments:

ShaFiz said...

teringin mkn kimchi cm dlm cite korea 2..hehe

Azham Vosovic said...

bestnya!

awak stay kat Korea ke skrg?

The 'F' Word said...

mak ai...tergugat iman